| 60 Petua Mendapatkan Pasangan |
Khamis, 25 November 2010
60 Petua Mendapatkan Pasangan
Isnin, 22 November 2010
Tahniah kpd Abg Cayang...
Tahniah Abg..
Alhamdulillah rezeki nak kawin Abg Cyg dpt job...
Syukur sangat2 sbb akhir yer Abg Cyg dapat job lain...
Syukur sangat2 sbb akhir yer Abg Cyg dapat job lain...
Semoga Abg Cyg serasi gan job br...
Semoga Abg Cyg dilimpahkn rezeki yg byk...
Semoga Abg Cyg dpt tempoh segala cabaran gan job br ni...
Semoga Abg Cyg sentiasa bsabar ye...
Amin
![]() |
| gambar hiasan |
Arini ari pertama Abg keje tmpt br...
Cam ner yerk...:)
Nnt nak tnya Abg cyg...
Nak sms siang td tkt mganggu lak...
So tggu la mlm ni...
Dating kat YM...
hahahahahhaa....
X sabar nak borak2 gan Abg Cyg...
Luv u n miss u so muccchhh...
muuuaaaaahhhh....:-*
Cam ner yerk...:)
Nnt nak tnya Abg cyg...
Nak sms siang td tkt mganggu lak...
So tggu la mlm ni...
Dating kat YM...
hahahahahhaa....
X sabar nak borak2 gan Abg Cyg...
Luv u n miss u so muccchhh...
muuuaaaaahhhh....:-*
Sabtu, 20 November 2010
♥LOVE IS...♥
Love Is...♥♥
Love is when you wake up, he is already on your mind.
Love is when you lost your heart, he is all that you can find.
Love is when you want to be the one to dry his eyes.
Love is when you see the truth in every one of his lies.
Love is when you want to listen to all his whims and woes.
Love is when you want him to take care everywhere he goes.
Love is when he calls you, your heart goes a flutter.
Love is when you see him, "I love you..." you silently stutter.
Love is when you tell the world that you love him so.
Love is when you've told the world, but he doesn't know.
Love is when you know you'll still love him when he's lost his hair.
Love is when your eyes light up when you see him there.
Love is also when you hear your heart break when he held hands with her.
Love is also when you crumbled as you hear them say that it will last forever.
Love is also when you cry inside yet smile outside when they say hi to you.
Love is also when you held your breath and said, "How do you do?"
Love is also when you let him go, you know he is happy now.
Love is also when you know you'll get over him somehow.
Love is also when his happiness is what matters to you.
Love is also when you let him love her, and not love you true.
Love is when you'll still love him...and still, he'll never know.
Love is when you'll swallow the pain and slowly let go.
Yet love is a funny thing♥
Love is when you smile when you hear that it's him and her no more.
Love is when you hear he sent her through the door.
Love is when you try to bump into him again.
Love is when he'll say hi to you and there is no more pain.
Love is suddenly real love when he says he loves you too.
Love is suddenly real love when his life revolves around you.
Love is suddenly real love when he's always loved you but he didn't dare.
Love is suddenly real love when he's always loved you but thought you didn't care.
Love is suddenly real love when now it's all coming true.
Love is suddenly real love when you love him and he loves you.
Love is suddenly real love when now your life is nearly complete.
Love is suddenly real love when everyday, it's him you meet.
Love is suddenly real love when your friends accept him too.
Love is suddenly real love when you can have time for them and him and you.
MASA & PASANGAN
Mebahagikan masa dengan pasangan.
1) KONGSI BERSAMA
Mungkin anda terdapat pasangan yang mudah berkecil hati atau terasa diri tidak diperdulikan apabila kita sibuk melakukan sesuatu hal sehingga timbul isu curang/tak sayang pada pasangan. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, kita bawa dirinya kedalam hidup kita (dalam erti kata lain, biarkan dirinya merasa kehidupan yang kita alami) kongsi bersama-sama apa yang anda lakukan seharian secara sekali sekala. Sekurang-kurangnya ianya memberi dia kefahaman apa yang anda lalui sehingga dirinya terasa terpinggir
2) JADUAL
sekiranya dia tidak dapat ‘menyertai’ dirinya dalam kehidupan anda ( di atas beberapa sebab ), anda buat jadual kehidupan anda secara bijak. Sebagai contoh, kalau dah menjadi kebiasaan anda untuk saling berhubung pada waktu malam, buat perkara yang anda anggap penting pada sebelah petang. Mungkin ianya agak sukar untuk dilakukan, oleh itu anda mesti perlu ada’EXTRA KOMITMEN” terhadap hidup & percintaan
Jangan biarkan dirinya terasa tidak dihargai, walaupun anda sibuk, ingat-ingatlah untuk menghubunginya. Dengan teknologi yang serba canggih, semuanya menjadi mudah. Apa salahnya anda set alarm kat handphone supaya anda ingat untuk menghubungi ( sms/call) pada waktu yang tertentu. Mungkin ianya nampak remeh tapi ianya memberi makna yang besar pada pasangan anda.
♥SUKA,SAYANG,CINTA♥
Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaanya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu
SUKA adalah saat dia menangis, kau akan berkata “sudahlah, jangan menangis”
SAYANG adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata ‘mari kita selesaikan masalah bersama-sama’
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata ‘dia sangat tampan/menawan’
SAYANG adalah saat kau melihatnya dari hatImu dan bukan matamu
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata ‘buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan kepadaku’
Di saat orang yang kau SUKA menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi bercakap dengannya
Di saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya
Di saat orang yang kau CINTA menyakitimu, kau akan berkata, ‘tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan’
Di saat kau SUKA padanya, kau akan memaksanya unyuk menyukaimu
Di saat kau SAYANG padanya, kau membiarkannya memilih
Di saat kau CINTA padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan setulus hati
SUKA adalah hal yang menuntut
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela hati
♥Suka,Sayang,Cinta♥
KENAPA PERLU CINTA?..♥♥
Cinta adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa kepada setiap manusia. Kita semua mempunyai keupayaan untuk mencintai, dicintai dan bercinta. Siapa yang kita cintai dan bagaimana kita mencintai, ini adalah bergantung kepada beberapa faktor. Sejauh mana kita mencintai adalah terserah kepada kita untuk menentukannya. Tetapi pada amnya cara untuk mencintai itu ada empat cara.
Pertama, Mencintai SEBAB/KERANA:
Cinta ini menekankan mengapa seseorang itu mencintai seseorang. "Saya cinta padamu sebab kau baik; Saya cinta padamu kerana mukamu yang ayu; Saya cinta kepadamu sebab kau cantik." Jadi, cinta jenis ini bergantung kepada
"sebab atau kerana" sebagai alasan untuk mencintai. Ini bererti orang yang mencintai cara ini tidak dapat mencintai sekiranya tidak ada yang menarik atau berguna yang menyebabkannya untuk mencintai. "Sebab" itu mesti ada. Kalau tidak ada "Sebab" maka cinta juga tidak ada..
Sebab itu, kita harus berusaha supaya dapat mencintai sesama insan tanpa sebab atau syarat. Kita mencintai seseorang seperti apa yang ada pada dirinya. Ini bererti kita mencintai tanpa dipengaruhi oleh apa-apa sebab dan kita tidak mengenakan apa syarat atau sebab untuk mencintai seseorang. Kerana cinta tanpa syarat adalah cinta yang ikhlas, murni dan sempurna.
Kedua, Mencintai KALAU:
Cinta jenis ini mengutamakan apa yang saya dapat dulu. Apa keuntungan atau kebaikan yang saya dapat dahulu sebelum mencintai orang berkenaan. Ini bererti ia membalas cinta seseorang berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri. Inilah yang dinamakan cinta yang paling teruk! Cinta ini bukan saja mementingkan syarat, tetapi ianya jelas sekali mementingkan diri sendiri..
"Ok! Kalau kau benar-benar cinta padaku, benarkanlah saya menciummu!; Kalau kau bantu saya, barulah saya sayang padamu; kalau kau baik dengan saya, maka saya pun akan berlaku baik kepadamu."
Jadi, apa yang jelas cinta jenis ini ialah syarat harus dipenuhi dahulu barulah ada cinta. Jesteru, kita mesti belajar mencintai tanpa meletakkan apa-apa syarat dahulu. Jadi, janganlah kita amalkan cinta jenis ini. Kerana cinta jenis bukan saja tidak adil dan berat sebelah tetapi ianya juga jelas menunjukkan "ketamakan" diri kita sendiri.
Ketiga, Mencintai TERPAKSA:
Cinta jenis ini biasanya diamalkan kerana termakan budi kepada orang berkenaan.
"Saya terpaksa menerimanya dan setuju berkahwin dengannya kerana dialah yang membantu keluarga saya selama ini; Saya terpaksa menerima cintanya kerana dialah yang membayar segala perbelanjaan saya semasa bersekolah dulu. Saya terpaksa menerimanya kerana saya terhutng budi kepadanya".
Apa yang jelas dengan mencintai cara inilah, cinta jenis ini tidak jujur dan tidak ikhlas. Pendek kata, cinta ini tidak sempurna. Sekiranya, kita selalu mencintai mengikut cara ini, marilah berusaha agar kita dapat mencintai dengan iklas dan jujur dan bukan kerana terpaksa mencinta. tetapi, sungguh-sungguh mencintai tanpa terikat kepada apa-apa syarat atau dipengaruhi oleh sesuatu.
Keempat, Mencintai WALAUPUN/MESKIPUN:
Cinta jenis ini adalah cinta yang murni dan sempurna. Kerana pengamalnya tidak meletakkan apa-apa syarat didalam hal mencintai. Dan cintanya juga tidak bergantung kepada faktor "sebab atau kerana." Kerana cintanya adalah iklas dan jujur. Ia tidak mengharapkan apa-apa. Ia tetap mencintai meskipun orang yang dia cintai itu mempunyai kelemahan, kekurangan dan kesalahan. Cintanya tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor atau sebab. Ia tetap mencintai walaupun ada yang terjadi.
" Cintaku padamu tetap seperti dulu walaupun kau telah berlaku curang kepadaku; Aku tetap sayang kepadamu meskipun kau telah mungkir janji; Cintaku kepadamu tidak bergantung kepada kecantikan atau kekayaanmu." Aku cinta padamu walaupun kau tidak ada apa-apa. Aku mencintaimu seperti seadanya dirimu."
Sesungguhnya, inilah yang dikatakan mencintai tanpa batas dan tanpa syarat. Inilah jenis cinta yang harus kita pejuangkan didalam hidup kita setiap hari.
PERTUNANGAN
Mugkin sudah menjadi trend pada masa ini, pasangan, yang bersandarkan ‘TUNANG’ telah dijadikan sebagai tiket untuk bebas melakukan apa sahaja, apalagi sehingga tinggal serumah dengan keluarga si tunang. Disini, peranan ibu bapa sudah diperlekehkan, bahkan ada sesetengah ibubapa seakan-akan setuju dengan tindakan anak-anak mereka.
-“Yelah, daripada mereka jalan-jalan, lebih baik mereka stay kat rumah jer, ”
-“Alaaaa, biar lah, bukannya mereka nak buat maksiat pon!!”
Mungkin ada sesetengah ibu bapa berfikiran macam tue. Tapi dalam agama Islam, couple adalah diharamkan. Bahkan bertunang juga, hukumnya adalah sekadar "harus" kerana ianya sekadar mengikut adat resam kita sebagai orang Melayu. Tapi dimana letaknya adat resam kita tersebut?
Nabi saw pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830]. Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi saw :-
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan”
- [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
Diantara hikmah bertunang adalah :-
a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan.. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah:
1) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
Kesimpulannya, sebagai pemerhati mahupun pendengar dengan keadaan yang sebegitu rupa, nasihati dan tegurlah mereka. teguran itu penting dalam agama kita, iaitu teguran yang berhemah. sesuatu yang terlarang, tidak akan dianggap sebagai "menjaga tepi kain orang" dan bagi yang sedar akan kekhilafan anda, perbaikilah diri dan kembali ke jalan yang benar, ke jalan yang diredhai oleh Allah. Semoga kita dapat mengambil iktibar. Minta maaf jika ada yang tersinggung.
TIPS UNTUK MENDAPAT PASANGAN YANG TEPAT...
Mungkin ada beberapa ketika anda menghadapi dilema dan situasi dimana cinta dari lelaki/wanita datang serentak. Sama ada dua atau tiga, ianya cukup memeningkan sekiranya kita tersalah pilih. Semua orang mengharapkan cinta yang di bina kekal untuk selamanya.Tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah untuk sepanjang hayatnya.Tetapi harus diingat bukanlah perkara mudah yang bertemu insan yang benar-benar sesuai dengan kita. Disini terdapat beberapa tips sebelum anda membuat keputusan:
1. Perbandingan.Anda mungkin ada criteria atau ciri-ciri idaman yang layak menjadi pasangan anda? cuba buat perbandingkan antara yang ada. Mungkin yang sorang tu suka buat anda tersenyum, atau yang sorang lagi jenis yang mementingkan diri. Atau untuk mengelakkan fikiran yang bercelaru, anda tulis 10 sifat yang anda suka/tak suka terhadap mereka. Dengan carat u, ianya mungkin dapat membantu anda.
2. Keiklasan.Keikhlasan dan kejujuran itu penting. Tapi banyak yang mempergunakannya sebagai tipu daya dan helah untuk mendapatkan anda. habis madu, sepah dibuang. Sama ada dari segi emosional atau material, penyesalan tidak berguna. Jangan mempercayai si dai secara ‘total’. Cuba buat ‘research’ melalui kawan-kawan dia. Jika info yang anda dapat adalah berlainan dari apa yang dikatakannya, lupakan dia..
3. Ketawa bersamaIni adalah salah satu faktor yang patut di ambil kira. Setiap kali bertemu pasti sausana kalian berdua diceriakan dengan gelak ketawa, mungkin kamu dan si dia tidak memiliki 'humor'yang sama,tetapi sewaktu dia bergurau setidaknya mampu membuat anda tersenyum. Tentunya juga anda berdua mempunyai persamaan dalam pelbagai perkara.
4. Tidak pernah meraguiApabila anda bertemu dengan pasangan yang tepat, akan tumbuh perasaan saling percaya. Biarpun si dia jauh di mata namun kamu yakin si dia sentiasa mengingati anda. Anda juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantu andai si dia dalam kesusahan kerana anda pasti si dia juga akan bersama anda saat memerlukan.
5. Bertindak berdasarkan kebaikan bersamaBersama orang yang tepat, anda akan selalu membuat keputusan demi kebaikan bersama, bukan semata-mata untuk diri sendiri. Bersedia berbincang tentang tujuan dan usaha yang akan dilakukan bersama
Sekadar gambar hiasan...♥♥
ADAT BERKENALAN SEBELUM PERNIKAHAN
Adat berkenalan sebelum pernikahan...
�Cinta itu kan fitrah. Tak salah bercinta,� Kata si fulan 1.
�Islam tak larang lelaki dan wanita berhubung,� Si fulan 2 pula menyampuk.
Ya. Memang betul bahawa lelaki dan perempuan boleh berhubung. Dan patut saling mengenali jika ada hasrat untuk bernikah.
Malah Nabi Muhammad turut menyuruh kita supaya melihat terlebih dahulu bakal pasangan kita itu. Ada satu kes pada zaman Nabi Muhammad yang berlaku antara Habibah binti Sahl dengan Tsabit bin Qais.
Habibah tidak pernah melihat bakal suaminya sebelum berkahwin sampailah tiba malam pertama. Habibah sangat terkejut bila bertemu suaminya sehingga dia pergi berjumpa Nabi Muhammad.
�Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya....�
:: HR Al Bukhari dan An Nasa�i ::
Tetapi semua di atas ini bukanlah alasan untuk kita melanggar semua peraturan yang telah digariskan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mahu berkenalan itu adalah perlu, tetapi perlu mematuhi batas pergaulan.
Degup-degup Ta�aruf
�Saya bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,� Kata Jabir bin Abdullah.
Ungkapan Jabir bin Abdullah ini membawakan perasaan tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada kian terasa untuk berkenalan. Memang Nabi Muhammad menyuruh para sahabat untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang ingin dinikahi.
Tetapi para sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut � mengenali dengan cara berdua-duaan, berbual-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar ada batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan mereka faham jika itu yang agama pinta, mesti ada sebabnya.
Apa yang perlu diwaspadai adalah ketika degup-degup itu dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi serong. Tersimpang jauh dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita katakan betul. Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri kali ini.
Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu
�Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.�
:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::
Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah.
Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul.
Bagi yang sudah berpasangan, katakan kepada pasangan anda, �Kalau yang kamu ingin beri itu adalah pesona tatkala saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke arah zina itu, saya harap bukan untuk saya selagi saya belum berkahwin dengan kamu.�
Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.
Bantu Aku Menjaga Pandanganku
Pernah saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan.
Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah.
Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.
�Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?�
Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.
Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.
Mahu dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.
Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.
Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat
Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.
Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.
Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.
Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.
Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.
Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.
Bantu Aku Bernafas
Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.
�Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.�
:: HR Abu Dawud dan At Tirmizi ::
Sekali lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.
Kulitku Sangat Peka
Seorang naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit ****.
Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit **** masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:
�Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.�
:: HR At Thabrani dan Al Bahaiqi ::
Masih lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.
Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?
Kawal Kata-kata
Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.
Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.
�Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.�
�Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.�
Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.
Jaga Jarak
�Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.�
:: HR Al Bukhari dan Muslim ::
Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.
Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.
Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?
Berkenalan Sebelum Berkahwin
Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.
Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik?
Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.
Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.
Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?
Sumber: Nikmatnya Pacaran Selepas Pernikahan.
Langgan:
Catatan (Atom)



