Mugkin sudah menjadi trend pada masa ini, pasangan, yang bersandarkan ‘TUNANG’ telah dijadikan sebagai tiket untuk bebas melakukan apa sahaja, apalagi sehingga tinggal serumah dengan keluarga si tunang. Disini, peranan ibu bapa sudah diperlekehkan, bahkan ada sesetengah ibubapa seakan-akan setuju dengan tindakan anak-anak mereka.
-“Yelah, daripada mereka jalan-jalan, lebih baik mereka stay kat rumah jer, ”
-“Alaaaa, biar lah, bukannya mereka nak buat maksiat pon!!”
Mungkin ada sesetengah ibu bapa berfikiran macam tue. Tapi dalam agama Islam, couple adalah diharamkan. Bahkan bertunang juga, hukumnya adalah sekadar "harus" kerana ianya sekadar mengikut adat resam kita sebagai orang Melayu. Tapi dimana letaknya adat resam kita tersebut?
Nabi saw pernah bertunang dengan A’isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830]. Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya. Sabda Nabi saw :-
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
“Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan”
- [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
Diantara hikmah bertunang adalah :-
a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan.. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah:
1) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
Kesimpulannya, sebagai pemerhati mahupun pendengar dengan keadaan yang sebegitu rupa, nasihati dan tegurlah mereka. teguran itu penting dalam agama kita, iaitu teguran yang berhemah. sesuatu yang terlarang, tidak akan dianggap sebagai "menjaga tepi kain orang" dan bagi yang sedar akan kekhilafan anda, perbaikilah diri dan kembali ke jalan yang benar, ke jalan yang diredhai oleh Allah. Semoga kita dapat mengambil iktibar. Minta maaf jika ada yang tersinggung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan