Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

MK

MK Sehati BerDansa....Sayang Selalu

Sabtu, 20 November 2010

MASA & PASANGAN


Mebahagikan masa dengan pasangan.

1) KONGSI BERSAMA
Mungkin anda terdapat pasangan yang mudah berkecil hati atau terasa diri tidak diperdulikan apabila kita sibuk melakukan sesuatu hal sehingga timbul isu curang/tak sayang pada pasangan. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, kita bawa dirinya kedalam hidup kita (dalam erti kata lain, biarkan dirinya merasa kehidupan yang kita alami) kongsi bersama-sama apa yang anda lakukan seharian secara sekali sekala. Sekurang-kurangnya ianya memberi dia kefahaman apa yang anda lalui sehingga dirinya terasa terpinggir

2) JADUAL
sekiranya dia tidak dapat ‘menyertai’ dirinya dalam kehidupan anda ( di atas beberapa sebab ), anda buat jadual kehidupan anda secara bijak. Sebagai contoh, kalau dah menjadi kebiasaan anda untuk saling berhubung pada waktu malam, buat perkara yang anda anggap penting pada sebelah petang. Mungkin ianya agak sukar untuk dilakukan, oleh itu anda mesti perlu ada’EXTRA KOMITMEN” terhadap hidup & percintaan

Jangan biarkan dirinya terasa tidak dihargai, walaupun anda sibuk, ingat-ingatlah untuk menghubunginya. Dengan teknologi yang serba canggih, semuanya menjadi mudah. Apa salahnya anda set alarm kat handphone supaya anda ingat untuk menghubungi ( sms/call) pada waktu yang tertentu. Mungkin ianya nampak remeh tapi ianya memberi makna yang besar pada pasangan anda.




Tiada ulasan: