Dialog antara seorang emak dan anak gadisnya yang sudah menjadi tunangan orang.
Si anak gadis kenal benar sikap emaknya yang tegas dengan pendapat sendiri walaupun pendapat itu boleh menjadi A atau B atau C. Selagi tidak melanggar hukum syarak.
"Abang....makan", laung emak dari dapur.
"Abangggg....abeeee...", anak gadis mengulang, niat untuk bergurau.
"Eloklah panggil abang, daripada kamu tu, panggil nama sahaja!", suara emak kuat seperti selalu. Emak mengambil contoh apabila anak gadis bercerita tentang tunangnya kepada orang lain tanpa mengetahui cara si anak gadis memanggil tunangnya ketika berurusan berdua.
Alamak, di ambil serius pula. Lalu, anak gadis cuba untuk mengendurkan keadaan.
"Emak.....panggil abang selepas nikah lah", anak gadis cuba memberikan pendapat.
"Mana boleh. Panggilan boleh memberikan kesan pada perhubungan. Mewujudkan perasaan", emak mengeluarkan hujah. Seperti selalu, tidak mahu kalah!
"Panggil nama sahaja, macam Barat! John, Mark. Ish, tak sesuai!", emak memberikan contoh.
Tersenyum anak gadis. Bukannya emak menggalakkan pergaulan bebas. Emak sekadar merasakan abang itu panggilan hormat. Bukan satu panggilan yang dimanjakan seperti kini.
"Tapi emak, rasa boleh dipupuk selepas nikah. Rasa hormat semasa bertunang boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara. Tak semestinya 'abang'", anak gadis cuba menjelaskan.
"Tak.....tak boleh", emak mengakhiri perbualan dan berlalu pergi.
Anak gadis terus tersenyum sendiri. Kurang stress.
Anak gadis punya cara untuk hormat tunangnya sebelum bernikah. Bukan abang, tapi Mr. Engineer.
Sungguh si anak gadis terasa pelik untuk memanggil abang sebelum bernikah. Senior-senior di sekolah dahulu pun tidak pernah digelar abang. Panggilan abang reserved untuk bakal suami!
Pelbagai pendapat perlu diambil kira dalam menjaga hubungan dalam pertunangan. Asasnya ialah menundukkan hati. Walau apa pun panggilan yang diberikan, andai disebut dengan hati berpenyakit, maka faham-faham sendirilah.
ps- Buat yang bakal bertunang mahupun sudah bertunang, nak panggil apa ye? Fikir dan putuskan sendirilah ye =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan