Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

MK

MK Sehati BerDansa....Sayang Selalu

Jumaat, 19 November 2010

Cinta: Desire, Like And Love

Adakah kita cinta? Suka-suka semata. Atau hanya sekadar nafsu?
Di awal ceramah, Sheikh Akram Al-Nadwi menerangkan perbezaan tentang tiga perkara ini: Desire, Like and Love. Jika kita mencari CINTA kepada Allah dan cinta KERANA Allah, maka eloklah untuk kita mengetahui perbezaan tiga perkara ini. Agar jelas dan tidak tersasar dalam emosi dan perasaan.
Desire
Desire adalah berdasarkan nafsu. Nafsu yang memang lumrah bagi setiap manusia. Namun nafsu ini perlu dikawal. Berbalik kepada desire, apabila kehendak sudah dicapai, maka bertemu pengakhirannya. Desire comes to the end when people satisfied.
Sebagai contoh, ibarat seorang usahawan yang ingin menjadi jutawan. Apabila sudah berjaya menjadi jutawan, dia sudah tidak heran lagi dengan wang. Kehendak sudah dicapai. Andai kehendak ini tidak dikawal, maka usahawan ini akan menggunakan apa jua cara untuk menjadi jutawan walaupun dengan memberi atau makan rasuah misalnya.
Desire tidak kekal lama bahkan membahayakan andai tidak dijaga.
Like
Selalu kita dengar orang memuja? Orang suka dan admire? Saya kira, ini tergolong dalam bab 'Like'. Suka kepada seseorang atas rasional tertentu.
Contohnya, fitrah kita sukakan kepada kecantikan. Maka tidak hairanlah kenapa ada yang suka kepada seseorang kerana dia cantik.
Jika suka berdasarkan rasional tertentu, andai ditakdirkan suatu hari nanti, perkara tertentu itu tidak rasional dan relevan lagi, masihkah ada suka?
Contoh, Mamat menyukai Minah kerana Minah cantik (berdasarkan rasional). Ditakdirkan Minah terkena asid dimukanya, adakah Mamat masih akan menyukai Minah?

Tiada ulasan: