Mungkin ada beberapa ketika anda menghadapi dilema dan situasi dimana cinta dari lelaki/wanita datang serentak. Sama ada dua atau tiga, ianya cukup memeningkan sekiranya kita tersalah pilih. Semua orang mengharapkan cinta yang di bina kekal untuk selamanya.Tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah untuk sepanjang hayatnya.Tetapi harus diingat bukanlah perkara mudah yang bertemu insan yang benar-benar sesuai dengan kita. Disini terdapat beberapa tips sebelum anda membuat keputusan:
1. Perbandingan.Anda mungkin ada criteria atau ciri-ciri idaman yang layak menjadi pasangan anda? cuba buat perbandingkan antara yang ada. Mungkin yang sorang tu suka buat anda tersenyum, atau yang sorang lagi jenis yang mementingkan diri. Atau untuk mengelakkan fikiran yang bercelaru, anda tulis 10 sifat yang anda suka/tak suka terhadap mereka. Dengan carat u, ianya mungkin dapat membantu anda.
2. Keiklasan.Keikhlasan dan kejujuran itu penting. Tapi banyak yang mempergunakannya sebagai tipu daya dan helah untuk mendapatkan anda. habis madu, sepah dibuang. Sama ada dari segi emosional atau material, penyesalan tidak berguna. Jangan mempercayai si dai secara ‘total’. Cuba buat ‘research’ melalui kawan-kawan dia. Jika info yang anda dapat adalah berlainan dari apa yang dikatakannya, lupakan dia..
3. Ketawa bersamaIni adalah salah satu faktor yang patut di ambil kira. Setiap kali bertemu pasti sausana kalian berdua diceriakan dengan gelak ketawa, mungkin kamu dan si dia tidak memiliki 'humor'yang sama,tetapi sewaktu dia bergurau setidaknya mampu membuat anda tersenyum. Tentunya juga anda berdua mempunyai persamaan dalam pelbagai perkara.
4. Tidak pernah meraguiApabila anda bertemu dengan pasangan yang tepat, akan tumbuh perasaan saling percaya. Biarpun si dia jauh di mata namun kamu yakin si dia sentiasa mengingati anda. Anda juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantu andai si dia dalam kesusahan kerana anda pasti si dia juga akan bersama anda saat memerlukan.
5. Bertindak berdasarkan kebaikan bersamaBersama orang yang tepat, anda akan selalu membuat keputusan demi kebaikan bersama, bukan semata-mata untuk diri sendiri. Bersedia berbincang tentang tujuan dan usaha yang akan dilakukan bersama
Sekadar gambar hiasan...♥♥

Tiada ulasan:
Catat Ulasan