Cinta adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa kepada setiap manusia. Kita semua mempunyai keupayaan untuk mencintai, dicintai dan bercinta. Siapa yang kita cintai dan bagaimana kita mencintai, ini adalah bergantung kepada beberapa faktor. Sejauh mana kita mencintai adalah terserah kepada kita untuk menentukannya. Tetapi pada amnya cara untuk mencintai itu ada empat cara.
Pertama, Mencintai SEBAB/KERANA:
Cinta ini menekankan mengapa seseorang itu mencintai seseorang. "Saya cinta padamu sebab kau baik; Saya cinta padamu kerana mukamu yang ayu; Saya cinta kepadamu sebab kau cantik." Jadi, cinta jenis ini bergantung kepada
"sebab atau kerana" sebagai alasan untuk mencintai. Ini bererti orang yang mencintai cara ini tidak dapat mencintai sekiranya tidak ada yang menarik atau berguna yang menyebabkannya untuk mencintai. "Sebab" itu mesti ada. Kalau tidak ada "Sebab" maka cinta juga tidak ada..
Sebab itu, kita harus berusaha supaya dapat mencintai sesama insan tanpa sebab atau syarat. Kita mencintai seseorang seperti apa yang ada pada dirinya. Ini bererti kita mencintai tanpa dipengaruhi oleh apa-apa sebab dan kita tidak mengenakan apa syarat atau sebab untuk mencintai seseorang. Kerana cinta tanpa syarat adalah cinta yang ikhlas, murni dan sempurna.
Kedua, Mencintai KALAU:
Cinta jenis ini mengutamakan apa yang saya dapat dulu. Apa keuntungan atau kebaikan yang saya dapat dahulu sebelum mencintai orang berkenaan. Ini bererti ia membalas cinta seseorang berdasarkan kepada kepentingan diri sendiri. Inilah yang dinamakan cinta yang paling teruk! Cinta ini bukan saja mementingkan syarat, tetapi ianya jelas sekali mementingkan diri sendiri..
"Ok! Kalau kau benar-benar cinta padaku, benarkanlah saya menciummu!; Kalau kau bantu saya, barulah saya sayang padamu; kalau kau baik dengan saya, maka saya pun akan berlaku baik kepadamu."
Jadi, apa yang jelas cinta jenis ini ialah syarat harus dipenuhi dahulu barulah ada cinta. Jesteru, kita mesti belajar mencintai tanpa meletakkan apa-apa syarat dahulu. Jadi, janganlah kita amalkan cinta jenis ini. Kerana cinta jenis bukan saja tidak adil dan berat sebelah tetapi ianya juga jelas menunjukkan "ketamakan" diri kita sendiri.
Ketiga, Mencintai TERPAKSA:
Cinta jenis ini biasanya diamalkan kerana termakan budi kepada orang berkenaan.
"Saya terpaksa menerimanya dan setuju berkahwin dengannya kerana dialah yang membantu keluarga saya selama ini; Saya terpaksa menerima cintanya kerana dialah yang membayar segala perbelanjaan saya semasa bersekolah dulu. Saya terpaksa menerimanya kerana saya terhutng budi kepadanya".
Apa yang jelas dengan mencintai cara inilah, cinta jenis ini tidak jujur dan tidak ikhlas. Pendek kata, cinta ini tidak sempurna. Sekiranya, kita selalu mencintai mengikut cara ini, marilah berusaha agar kita dapat mencintai dengan iklas dan jujur dan bukan kerana terpaksa mencinta. tetapi, sungguh-sungguh mencintai tanpa terikat kepada apa-apa syarat atau dipengaruhi oleh sesuatu.
Keempat, Mencintai WALAUPUN/MESKIPUN:
Cinta jenis ini adalah cinta yang murni dan sempurna. Kerana pengamalnya tidak meletakkan apa-apa syarat didalam hal mencintai. Dan cintanya juga tidak bergantung kepada faktor "sebab atau kerana." Kerana cintanya adalah iklas dan jujur. Ia tidak mengharapkan apa-apa. Ia tetap mencintai meskipun orang yang dia cintai itu mempunyai kelemahan, kekurangan dan kesalahan. Cintanya tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor atau sebab. Ia tetap mencintai walaupun ada yang terjadi.
" Cintaku padamu tetap seperti dulu walaupun kau telah berlaku curang kepadaku; Aku tetap sayang kepadamu meskipun kau telah mungkir janji; Cintaku kepadamu tidak bergantung kepada kecantikan atau kekayaanmu." Aku cinta padamu walaupun kau tidak ada apa-apa. Aku mencintaimu seperti seadanya dirimu."
Sesungguhnya, inilah yang dikatakan mencintai tanpa batas dan tanpa syarat. Inilah jenis cinta yang harus kita pejuangkan didalam hidup kita setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan